Ulasan mengenai buku memoirs Maria Sharapova di dalam buku bertajuk, “Unstoppable – My Story So Far“.
Saya bukan lah peminat sukan tennis. Walaupun tennis dah lama saya tahu sebab di sekolah clifford dulu, mmg ada tennis court di belakang asrama sekolah jika tak silap.
Apabila saya belajar di US ada beberapa sukan yang saya “terpaksa tengok” di TV sebab tu je lah yang selalu di tayang di TV iaitu American Football dalam siri NFL atau pun College Football, Bolakeranjang NBA dan juga sukan tennis. Di penghujung 80-an dan awal 90-an nama2 yang terkenal ialah Andre Agasi, Pete Sampras dan Steffi Graf. My player masa tu Steffi Graf lah ….
Actually bukan nak cerita pasai tennis tapi intipati dari apa yang saya dapat dari buku Unstoppable – My Story So Far iaitu memoirs tentang Maria Sharapova.
Oleh kerana buku ini ada stori lines dan jalan cerita, jadi dari pembacaan nya saya dapat mengingati stori lines yang di sampaikan dari sebelum kelahiran Maria Sharapova sehinggalah isu kena banned di sebabkan penggunaan doping. (Macam kes Chong Wei rasanya sebab Maria Sharapova ada mengamalkan supplemen sejak 2006 dan pada tahun 2016 substance yang terdapat dalam suplemen tersebut di senaraikan sebagai bahan terlarang dalam sukan tennis)
Perjalanan Maria Sharapova untuk menjadi seorang Juara Grand Slam adalah satu perjalanan yang jauh bagi seorang anak kecil yang miskin dari Russia.
Pertemuan Maria Sharapova dengan tennis bukan lah secara di rancang. Semasa harijadi ayahnya Yuri, bapa saudara ayahnya telah menghadiahkan kepada ayahnya sebatang raket dan bola tennis. Ianya di lihat seolah-olah satu bahan jenaka kerana tennis di Rusia pada masa tu merupakan permainan untuk orang-orang kaya.
Sewaktu berusia 4 tahun, ayahnya selalu membawa Maria Sharapova ke gelanggang tennis. Ayahnya bukan lah seorang pemain tennis tetapi di sebabkan dia ada raket dan bola tennis jadi selalulah dia pergi bermain tennis. Sewaktu ayahnya bermain tennis, Maria Sharapova yang bosan sering memegang raket dan memukul-mukul bola tennis ke dinding.
Ianya di lihat oleh rakan ayahnya dan dari situlah timbul keinginan Yuri untuk mengajar Maria Sharapova bermain tennis bermula pada usia 4 tahun.
Maria di bawa ke Sochi untuk berlatih tennis dan di sana coach Yudvin mengenal pasti bakat yang ada pada Maria. Sewaktu bermain di dalam satu kejohanan di Moscow di mana Maria Sharapova adalah kanak-kanak yang paling kecil dan termuda iaitu dalam lingkungan 5 tahun ketika itu dan dia telah di perhatikan oleh Martina. Ketika sedang bermain bakat beliau telah di perhatikan oleh Martina Navratilova yang berada di Moscow pada ketika itu.
Martina telah berbual dengan Yuri ayah Maria dan memberitahunya untuk memastikan bakat Maria Sharapova di asah dengan betul, dia mesti pergi berlatih di Amerika, di akedemi tennis di sana.
Di situlah bermula nya perjalanan yang sangat jauh dan sukar untuk 2 orang yang berimpian besar di dalam sukan tennis dunia (Yuri dan Maria Sharapova ) dari Rusia ke Florida, Amerika dengan hanya berbekalkan USD700, visa untuk 2 orang selama 3 tahun dan keazaman yang tinggi untuk menjadi juara Grand Slam satu hari nanti.
Ada beberapa perkara atau keunikan yang apa pada mereka berdua yang memastikan kejayaan bergelar juara tercapai. Ianya terbukti menjadi impian pada usia Maria dalam 17 tahun iaitu sebagai juara Wimbledon pada tahun 2004 mengalahkan juara bertahan Serena Williams pada ketika itu.
5 formula kejayaan Maria Sharapova di dalam dunia sukan tennis seperti yang di rungkai di dalam buku Unstoppable
Determination (keazaman yang bersungguh-sungguh) – Ini adalah sifat yang di tunjukkan oleh Yuri yang berani menggunakan duit yang ada sehingga sanggup meminjam, berhenti kerja untuk fokus membina Maria Sharapova sebagai juara dunia, dan kesungguhan dalam mendapatkan visa yang sukar pada ketika itu sewaktu kejatuhan empayar Soviet Union dan pengorbanan meninggalkan isteri di Rusia selama beberapa tahun untuk ke Florida membawa Maria Sharapova berlatih di sana.
2. Berani berkata “TIDAK” – Yuri mempunyai satu sifat yang tegas dan berani berkata tidak walaupun ianya bermakna mereka berdua terpaksa mengharungi kehidupan yang perit di Florida.
3. Disiplin yang tinggi – Tanpa menghiraukan situasi, Yuri memastikan Maria Sharapova mesti berlatih tenis setiap pagi walaupun pada hari pertama mereka di Florida ketika menumpang tidur di bilik hotel orang Rusia di sebabkan mereka tidak ada tempat menginap pada masa itu. Bangun 5 pagi adalah satu kemestian dan latihan akan bermula selepas menjamah sarapan pagi yang merupakan otmeal sebagai rutin. Ianya di bentuk pada usia Maria Sharapova 4 tahun lagi.
4. Berlatih, berlatih, berlatih, ulang, ulang,ulang dan hit the ball, hit the ball, hit the ball – inilah rutin harian Maria Sharapova sejak berumur 4 tahun. Untuk menjadi seorang juara yang di rasai dalam beberapa minit sahaja, ianya mengambil masa yang lama di dalam berlatih, berlatih dan berlatih dari usia 4 tahun. Hanya apabila ianya di lakukan berulang kali, ianya akan menjadi satu kemahiran semulajadi. Bak kata pepatah “practice makes perfect”. Berlatih membuatkan anda lebih sempurna.
5. Fokus – Maria Sharapova dari usia yang muda sudah fokus untuk menjadi juara. Matlamat beliau hanyalah untuk mengalahkan kesemua lawan yang di hadapinya. Dalam sukan tennis walaupun di dalam satu akademi kesemuanya adalah musuh yang mesti di tumbangkan. Tiada istilah “kawan” di dalam akademi di luar atau di dalam padang. Itu sahaja lah fokus yang di tunjukkan oleh Maria Sharapova .. untuk menang di setiap perlawanan.
Untuk anda yang suka membaca buku memoirs seperti ini, saya berikan buku ini 5 star rating, rating penuh.
Buku ini saya beli dari surplus book di Bookxcess . Saya beli online secara sahaja. Harga sekitar RM17.90 senaskah kerana ianya adalah buku “lebihan stok” dari luar negara. Untuk buku Unstoppable ini saya dapat versi Hard cover. Versi hard cover ini senang lah sikit nak baca sebab tulisannya lebih besar daripada versi paper back. Buku ini terbit pada tahun 2017.
Maria Sharapova secara rasmi nya bersara dari pertandingan tennis antarabangsa pada tahun 2020 dengan 5 kejuaraan Grand Slam di sepanjang 28 tahun penglibatan aktif beliau di arena tennis.