latte factor

Konsep Latte Factor memberikan pulangan RM125,000

Pernah dengar tentang Latte factor?

Teori Latte Factor ini di popularkan oleh penulis buku David Bach.

latte factor
Tempah buku ini klik image buku di atas
the automatic millionaire
Tempah buku ini klik image buku di atas

Tahukah anda dengan menganalisa Latte factor anda, dan mengambil tindakan  melaburkannya, anda mungkin mendapat pulangan RM125,000 di dalam kehidupan anda !

Apa itu Latte factor? Latte factor ini sebenarnya bukan lah hanya sekadar latte sahaja tetapi merupakan apa jua perbelanjaan yang anda lakukan dalam rutin anda yang tidak perlu.

Kenapa di namakan latte? Mungkin latte ini adalah minuman yang berharga agak mahal, di mana ianya mungkin berharga RM10 secawan di restoran berjenama. Seandainya setiap hari anda menghabiskan RM10 untuk secawan latte bermakna anda berbelanja sebanyak RM300 sebulan !

Bayangkan sekiranya anda hanya minum kopi yang di bancuh sendiri atau di kedai makan biasa yang hanya berharga RM2 secawan, anda sudah boleh menyelamatkan RM8 sehari atau RM240 sebulan.

Bayangkan juga sekiranya anda melabur RM240 di dalam platform pelaburan seperti unit trust yang memberikan pulangan sebanyak 10% setahun dan dalam masa 20 tahun anda akan mendapat pulangan sebanyak RM125,606 !

Apakah perbelanjaan harian yang anda boleh ubah untuk di jadikan sebagai asset anda?

Contoh di antara latte factor harian yang boleh di ubah menjadi asset :

  1. Kopi berjenama
  2. Makan di luar
  3. Bil telefon
  4. Langgan stesen TV
  5. Rokok
  6. Langganan seperti majalah, suratkhabar dll
  7. Dan lain-lain lagi

Sekali lagi saya nak kongsikan satu senario di mana anda boleh menukar perbelanjaan harian RM8 kepada pelaburan di dalam platform kewangan seperti unit trust ataupun emas.

Senario ini menggunakan informasi di bawah : 

Latte factor = RM8 setiap hari
Kadar pulangan setahun (anggaran) = 10%
Jangka masa pelaburan = 20 tahun

Berdasarkan penggiraan calculator, ini adalah jumlah pulangan yang di terima.

Jumlah wang yang boleh di laburkan = RM58,368.00
Pulangan dari pelaburan = RM126,310.50

latte factor

Banyakkan sebenarnya yang anda boleh simpan untuk masa hadapan dengan hanya melupakan perbelanjaan “latte factor” dan mula menyimpan.

Ada beberapa “lesson learned” daripada konsep “latte factor” ini.

Mari saya senaraikannya di bawah ini :

1. Keajaiban Compounding.

Dengan hanya melupakan perbelanjaan “latte factor” anda sebanyak RM8 setiap hari dalam jangka masa yang panjang anda berpotensi mendapat pulangan yang besar.

2. Masa.

Masa memainkan peranan yang penting di dalam peningkatan wang pelaburan anda. Dengan mempunyai masa yang panjang, anda boleh mula menyimpan secara konsisten dalam jumlah yang lebih kecil.

3. Pulangan.

Dengan mempunyai sejumlah wang yang boleh di laburkan dan dengan pengetahuan di mana untuk di laburkan, anda berpotensi memperolehi pulangan yang lumayan. Pelaburan yang memberikan pulangan 8% keatas secara konsisten sudah mampu membolehkan anda untuk mempunyai tabung simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan seharian anda.

4. Ianya bukan sekadar Latte.

Dengan menganalisa pergerakkan perbelanjaan harian anda, anda akan dapat mencari beberapa tabiat yang anda boleh elakkan dan menggunakan wang tersebut untuk tujuan menyimpan dan melabur.

5. Tabiat.

Latte factor mengajar kita untuk memulakan satu tabiat kewangan yang baik dan membuatkan anda lebih berhemah di dalam berbelanja.

6. Kawal.

Latte factor mengajar kita untuk mengawal kewangan dan mendisplinkan diri untuk mengekang perbelanjaan agar ianya tidak bocor atau tiris.

7. Perbelanjaan yang kecil jangan tidak di endahkan.

Sering kali kita mendengar orang berkata .. alahai, RM8 sahaja sehari bukan banyakpun. Tapi sebenarnya pada jangka masa yang panjang ianya adalah jumlah yang amat tinggi. Latte factor mengajar kita agar tidak mengambil mudah perbelanjaan yang nampak kecil kerana pada hakikatnya ianya akan menjadi perbelanjaan yang besar dalam jangka masa yang panjang.

latte factor

Saya mengajak anda untuk menganalisa perbelanjaan harian anda dan melihat di sudut mana anda boleh “menyelamatkan” sebahagian daripada ringgit yang di belanjakan.

Selepas anda mengenal pasti ringgit yang boleh di selamatkan, cari pula platform simpanan dan pelaburan yang memboleh anda mendapat pulangan lumayan dalam jangka masa yang panjang.

Di antara platform yang saya sarankan ialah menyimpan emas, menyimpan di dalam unit trust ataupun menyimpan di dalam platform robo-adviser patuh syariah seperti Wahed Invest.

Untuk emas, saya ada sediakan satu artikel tentang menyimpan di dalam emas di sini.

Anda boleh hubungi saya menggunakan link whatsapp di sebelah kanan bawah blog ini untuk informasi lanjut.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.