Jika anda memikirkan ini adalah masa untuk emas, saya sarankan untuk anda membaca buku edisi kemas kini Masa untuk emas Azizi Ali.
Nota : Image dari FB page Azizi Ali
Baru-baru ini Azizi Ali telah mengemaskini kan edisi buku Masa Untuk Emas.
Sebagai salah seorang follower beliau di FB selepas mendapat informasi tersebut saya terus membuat pembelian buku Masa Untuk Emas melalui web e-dagang PGMall .
Pembelian awal boleh mendapatkan buku Masa Untuk Emas dengan tanda tangan khas dari Azizi Ali untuk stok terhad.
Buku yang setebal 135 muka surat ini adalah satu buku yang wajib di miliki seandainya anda berminat nak belajar tentang emas. Bagi saya sebelum memulakan sesuatu kita harus mendapatkan ilmunya terlebih dahulu barulah kita yakin untuk melakukan apa yang nak kita buat dan kecapi.
Sejak saya mula menyimpan emas secara aktif semasa awal pandemik covid-19 saya membaca pelbagai buku tentang ilmu emas samada yang berbahasa Melayu aatupun English. Tujuan nya semata-mata untuk mendapat ilmu, idea dan perbandingan dari orang-orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan di dalam bidang emas.
Dengan memiliki buku Masa untuk emas Azizi Ali anda akan mempelajari beberapa ilmu dan tip penting di dalam menyimpan emas.
Buku Masa Untuk Emas menyingkap maklumat tentang …
Kenapa harga emas naik sejak tahun 2001
Kenapa anda patut melabur dalam emas sekarang
Sejarah ringkas emas
Kelebihan dan kekurangan melabur dalam emas
6 soalan untuk ditanyakan kepada diri anda sebelum membuat sebarang pelaburan
3 pilihan utama emas
Bagaimana untuk membeli emas dan di mana untuk menyimpan emas
Apa yang patut anda elakkan
Fakta-fakta menarik mengenai emas
Nota Big Idea :
Di antara wow faktor yang saya perolehi selepas membaca buku Masa Untuk Emas Azizi Ali ialah di dalam “Chapter 4 : Soalan-soalan untuk di tanya kan.”
Di dalam chapter 4 anda di berikan tip bagaimana untuk menanyakan pada diri anda sebelum anda memulakan proses untuk menyimpan emas. Secara ringkasnya ada 6 soalan yang anda perlu tanya pada diri anda iaitu :
Mengapa saya ingin menyimpan atau melabur di dalam emas?
Berapa lama tempoh saya boleh melabur atau menyimpan emas?
Adakah ianya sesuai dengan sumber pendapatan atau kewangan saya?
Bolehkah saya tidur lena pada waktu malam selepas menyimpan dan melabur emas di dalam platform tersebut? (Kena baca buku nya ya !)
Bolehkah saya jual selepas mendapat keuntungan?
Bolehkah saya menjualnya dengan mudah?
Ini lah 6 soalan cepu emas yang anda patut mencari jawapannya sebelum mula menyimpa emas. Pada saya ianya merupakan “wow faktor” di dalam saya menyimpan emas …
Bagaimana untuk membeli Buku Masa Untuk Emas Azizi Ali di PGMall ?
- Daftar mesti mendaftar satu akaun percuma di PGmall. Untuk mendaftar sila klik di sini.
- Selepas akaun anda di sahkan sila login dan membuat pencarian “MASA UNTUK EMAS AZIZI ALI”
Saya menyimpan emas di dalam Quantum Metal dan mula aktif pada bulan April 2020 walaupun saya sudah memiliki akaun emas di Quantum Metal sejak 2016 lagi.
Akaun emas patuh syariah Quantum Metal menjadi pilihan saya kerana ada banyak kelebihan di platform ini ..
Buka akaun adalah percuma
Minima simpan emas di akaun GSa boleh bermula dengan RM10
Kecairan yang mudah selepas membuat pengeluaran.
Dan banyak lagi manfaat yang boleh di dapati di dalam Quantum Metal seperti peluang membina perniagaan emas sebagai Konsultan.
Jika anda inginkan maklumat lanjut, boleh dapatkan daripada channel video dan bagaimana anda boleh meningkatkan asset dengan emas sebanyak 10x ganda melalui link ini .
Seandainya anda ingin mendaftar satu akaun percuma di Quantum Metal, saya juga ada menyediakan satu tutorial bagaimana nak membuat pendaftaran di Quantum Metal dengan klik di sini .