Menjadi Reseller emas quantum metal bukanlah di dalam perancangan sebenarnya …
Sejak pertengahan 2020 Emas Quantum Metal menjadi semakin popular sebagai salah satu daripada platform menyimpan emas di Malaysia. Pandemik covid-19 sebenarnya menjadi salah satu daripada kemunculan drastik Quantum Metal di arena pasaran emas negara.
Saya telah di perkenalkan dengan Quantum Metal pada awal tahun 2016 lagi oleh Kenneth. Pada masa itu saya sendiri tidak faham tentang emas apatah lagi berkenaan dengan akaun emas. Walau bagaimanapun saya membuat deposit sebanyak RM300 untuk membeli emas dan seterusnya menjadi Dealer Quantum Metal pada 2016.
Ceritanya habis di situ sahaja. Pertemuan di Nasi Kandar Pelita, Pasaraya Giant, Bayan Baru tempat saya menyertai Quantum Metal selepas pekena nasi kandar sepinggan pada tengahari itu. 🙂
Saya tak meneruskan usaha untuk memulakan bisnes ini kerana saya sendiri tidak faham dan pada masa itu emas Quantum Metal belum lagi patu syariah.
Sehinggalah bermulanya pandemik covid-19 pada bulan mac 2020. Saya mula mencari-cari satu platform untuk membuat sesuatu secara online tanpa memerlukan pergerakan offline yang aktif.
Walaupun saya tidak aktif tetapi saya tetap mendapat informasi tentang Quantum Metal melalui Group WhatsApp. Sejak Dec 2019 saya di fahamkan Quantum metal sudah memperolehi sijil patuh syariah untuk akaun GSA iaitu Gold Storage Account.
Pada bulan mac 2020 saya sering berbalas WhatsApp dan menghubungi Ken untuk mendapatkan maklumat dan informasi tentang emas Quantum Metal.
Saya tengok video, saya baca slides dengan teliti dan mendapatkan penerangan melalui zoom meeting. Akhirnya selepas saya faham dengan konsep akaun emas yang bersandarkan kepada emas fizikal dan sudah mendapat sijil patuh syariah, saya mengambil keputusan untuk memperkenalkan Quantum Metal bermula April 2020.
Saya hubungi beberapa orang rakan rapat. Ada yang skeptikal, ada yang kata engkau start dulu, ada yang senyap, ada juga yang response.
Alhamdullilah bermula tanpa apa-apa dengan hanya 1gm emas di dalam akaun GSA kini saya telah memiliki pelbagai akaun emas di Quantum Metal di GSA, GAE5x dan GAE10x. (Update : Kini di kenali dengan nama GAE5x dan GAE10x). Jika dulu memamg susah nak menyimpan duit tapi sejak menyimpan emas, tabiat menyimpan semakin menjadi-jadi pulak !
Apa sebenarnya Emas Quantum Metal?
Quantum Metal di tubuhkan pada 2012.
Quantum Metal adalah Peserta dagangan Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS) :
- Dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta
- Merupakan pembekal system perdagangan emas Bank
- Adalah pembekal emas kepada bank
- Penasihat Shariah Quantum Metal ialah ISRA – Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa (di tubuhkan pada tahun 2008 oleh Bank Negara Malaysia)
Quantum Metal adalah produk emas patuh Syariah.
Akaun emas Quantum Metal di sandarkan kepada emas fizikal yang disimpan di BRINKS Singapura.
Apa itu BRINKS?
Brinks adalah peneraju di dalam industry pengurusan risiko dan logistik dan berpengalaman dalam melindungi barang berharga sejak tahun 1859. Brinks mempunyai lokasi di lebih 110 buah negara.
Emas yang di pasarkan oleh Quantum Metal di lindungi 100% dengan Lloyd’s London.
Produk Quantum Metal
Di dalam Quantum Metal terdapat 3 jenis produk iaitu GSA, GAE5x dan GAE10x .
GSA – Gold Storage Account
GAE – Gold Asset Enhance
Akaun GSA (Gold Storage Account)
- Boleh deposit minima RM10 setiap kali
- Wang yang di depositkan ke dalam GSA akan serta merta di tukar ke dalam bentuk emas (grammage) berdasarkan harga semasa
- Sesuai untuk membuat simpanan untuk pelaburan jangka masa setiap bulan untuk tabung persaraan, pendidikan dan simpanan untuk di gunakan pada masa-masa yang terdesak dan ada keperluan
- Sesuai untuk pelabur yang nak mengumpul emas fizikal (gold bar) yang tiada modal yang besar untuk membeli gold bar 10g ke atas . Dengan menyimpan RM100 – RM300 setiap bulan, selepas cukup untuk membeli Gold Bar 10g bolehlah membuat pengeluaran emas fizikal dari Quantum Metal
- Wang yang di simpan boleh di advance (GAA) kan ke dalam MyGold-I untuk tujuan berbelanja ataupun ke akaun bank masing-masing
Deposit : Minima RM10
Pengeluaran : Pada bila-bila masa
Kaedah Pengeluaran : Boleh di tunaikan dalam bentuk tunai masuk ke akaun bank anda ataupun di tukarkan ke dalam bentuk emas fizikal
Akaun GAE (Gold Asset Enhance)
GAE adalah satu simpanan emas di mana anda ada sedikit (1x) dan pihak Quantum metal akan meminjam kepada anda 9x untuk menjadikan pelaburan emas anda lebih banyak.
Satu unit GAE ialah USD250.
Sebagai contoh anda ada 1 unit RM1000. Bermakna Quantum Metal akan tambah RM9000 menjadikan pelaburan anda sebanyak RM10,000.
Seandainya dalam masa 1 tahun emas naik 10%.
RM10,000 x 10% = RM1000
Bermakna anda sudah untung sebanyak RM1000 iaitu 100% ! Perlu di ingatkan juga, apabila harga emas menurun, emas anda juga akan merosot. Oleh itu pastikan anda memahami konsep x5 dan x10 dan juga melabur dan menyimpan emas dengan mendapatkan ilmu tentang emas terlebih dahulu. Seandainya anda berilmu, anda tidak akan tersalah langkah. (Nota : Prestasi masa lampau tidak menjamin prestasi pada masa akan datang)
Kredit (Flexi Pay) 9x dari Quantum Metal adalah dengan yuran pengurusan sebanyak 3.5% yang anda perlu bayar “upfront” untuk satu tahun.
GAE10x ini tanpa kontrak dan boleh di tamatkan pada bila-bila masa. Seandainya anda menyimpan di GAE kurang dari satu tahun dan anda ingin membawa keluar (tutup akaun) GAE ini, yuran pengurusan yang tidak di gunakan akan di kembalikan.
GAE5x pula anda boleh bermula dengan unit yang lebih kecil iaitu satu unit adalah USD25 .
Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut tentang strategi simpan emas di era digital bersama Quantum Metal boleh klik di sini .
Kenapa Saya memilih Emas Quantum Metal?
Pada mulanya hasrat saya untuk mencari satu platform untuk menjalankan satu bisnes secara online sewaktu pandemik covid-19. Walaubagaimanapun akhirnya Quantum Metal menjadi satu landasan untuk membuat “force saving” dan “forgotten saving” untuk matlamat menyimpan jangka panjang.
7 sebab kenapa saya menyimpan di Quantum Metal :
- Akaun emas yang di sandarkan kepada emas fizikal dan patuh syariah
- Akaun emas boleh di buka dengan simpanan serendah RM10
- Boleh di lakukan sepenuhnya dengan kaedah online dari segi transaksi dan pendaftaran pelanggan dan reseller
- Emas boleh di bawa ke mana-mana sahaja di dalam smart phone anda !
- Tidak ada caj simpanan di kenakan untuk akaun GSA
- Mempunyai pilihan untuk mempertingkatkan aset dengan menggunakan akaun asset enhanced GAE
- Boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi Reseller Quantum Metal (Kini di kenali sebagai Konsultan Quantum Metal)
Inginkan info lanjut tentang Quantum Metal klik di sini .
Adakah Quantum Metal ini scam?
Bila bercakap tentang emas memang ramai yang akan memikirkan tentang scam. Sebab emas ini biasanya di kaitkan dengan scam dan penipuan.
Quantum Metal bukannya skim atau scam. Jika nak kan penjelasan dengan lebih lanjut tonton video di bawah.
Membina team Reseller Quantum Metal (Kini di kenali sebagai Konsultan Quantum Metal)
Sejak April 2020 sehingga kini (June 2021) rangkaian QST telah berkembang dengan pesat dengan 163 orang Reseller dan ribuan pelanggan di Quantum Metal.
Rangkaian QST masih baru dan akan terus mengembangkan sayapnya untuk membantu lebih ramai orang peka untuk menyimpan emas secara umumnya dan akaun emas secara spesifiknya.
QST (April 2022) kini mempunyai rangkaian reseller dengan jumlah
Dealer (175)
Dealer Developer (33)
Merchant (7)
Merchant Developer (5)
Nak join di dalam team kami boleh hubungi saya melalui aplikasi WhatsApp di kiri bawah blog ini .
Atau anda boleh mendaftar satu akaun di Emas Quantum Metal secara percuma. Saya ada menyediakan tutorial ringkas bagaimana nak mendaftar akaun emas quantum metal secara percuma di sini .
2 thoughts on “Bagaimana saya menjadi Reseller Emas Quantum Metal ketika pandemik covid-19”