Simpan emas ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang susah nak di lakukan. Mungkin ada yang menganggap ianya susah dan tak tahu bagaimana nak memulakan tabiat simpan emas untuk asset masa hadapan.
Di sini saya dedahkan 3 strategi simpan emas yang anda kena tahu.
Saya selalu menerima pertanyaan dari rakan-rakan dan juga di internet bila kah masa yang sesuai untuk mula simpan emas. Jawapan saya memang akan simple dan mengejutkan rakan-rakan saya. Ini lah strategi pertama simpan emas yang anda perlu tahu …
Strategi simpan emas #1
Mula beli dan simpan emas sekarang. Bukan esok atau bila masanya tiba. Bukan tunggu masa emas turun dan harga jatuh. Bukan tunggu bila ekonomi dan pasaran semasa sudah menjadi huru hara. Masa yang sesuai adalah sekarang iaitu ketika anda sudah mula berazam dan ada kesedaran nak menyimpan emas.
Mulakan dengan jumlah yang kecil sebab tabiat menyimpan emas ini hanya akan dapat di pupuk apabila anda sudah mula menyimpan emas.
Apabila anda sudah terbiasa membeli emas, anda akan sentiasa ingat dan menjadikan tabiat anda yang baru. Jadi strategi berikutnya ialah ..
Strategi simpan emas #2
Beli dan simpan emas secara konsisten. Lakukan pembelian dan tabiat simpan emas secara berkala samada setiap minggu atau setiap bulan. Lakukan secara konsisten. Anda setkan sasaran sebagai contoh simpan emas 1 gram setiap bulan ataupun RM300 setiap bulan.
Anda beli dan simpan emas mengikut budget dan sasaran anda. Tak kiralah RM100 ke, RM300 ke atau RM500 ke asalkan anda selesa dengan budget anda dan anda boleh lakukan secara konsisten setiap bulan.
Tabiat simpan emas ini mahal harganya. Jika anda mampu lakukan anda sudah berjaya menguasai separuh daripada ilmu kekayaan dengan emas.
Strategi simpan emas #3
Tambah jumlah simpanan emas dengan lebih banyak pada ketika harga emas jatuh.
Strategi ini membolehkan anda meningkatkan jumlah gram emas anda sebab anda membeli dengan lebih banyak emas pada masa harga emas sedang jatuh. Dalam situasi ini, anda dapat membeli emas dengan harga yang jauh lebih murah.
Itu lah 3 strategi simpan emas yang anda perlu tahu di mana pada dasarnya tidak memerlukan anda untuk menjadi seorang emas trader dengan pengetahuan dalam teknikal analysis ataupun fundamental analysis.
Cukup dengan 3 strategi beli dan simpan emas ini anda sudah boleh memelihara dan meningkatkan kekayaan anda melalui emas.
Saya mencadangkan anda untuk membuka akaun percuma di dalam platform emas Quantum Metal dan mula menyimpan emas dari hari ini. Sila klik di sini untuk membuka akaun percuma di Quantum Metal .
Hubungi saya di pautan whatsapp di sebelah kanan bawah blog ini untuk mendapatkan bimbingan secara percuma di dalam strategi menyimpan emas tanpa stress dan masih mampu tidur dengan lena di waktu malam.
One thought on “3 Strategi simpan emas yang anda kena tahu”