3 buah buku terbaik tentang menyimpan emas
Semasa saya ingin mula menyimpan emas, saya mencari banyak bahan bacaan samada dari artikel di internet dan juga dari buku-buku yang berada di pasaran semasa.
Selain daripada buku English yang memang banyak di pasaran, buku terkini tentang emas di dalam Bahasa Melayu memang agak terhad.
Di sini saya nak kongsikan daripada apa yang saya baca selama ini tentang emas daripada buku-buku yang ada di pasaran dan 3 buku ini adalah yang terbaik bagi saya …
Buku Magnet Emas Magnet Kekayaan
Buku tulisan Ir. Sofian ini di terbitkan pada tahun 2014.
Buku ini di terbitkan bagi membantu pembaca yang mahu menyimpan emas dengan memulakan langkah pelaburan dengan ilmu yang lengkap.
Buku ini mudah di baca kerana ianya ada 103 muka surat sahaja.
Apa yang menarik minat saya tentang buku ini ialah informasi yang di berikan tentang spread dan premium merupakan tips yang pertama saya belajar tentang menyimpan emas untuk memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas.
Saya mula menyimpan emas semasa bermulanya pandemik cov-19 pada bulan April 2020. Ini adalah buku pertama yang menjadi bahan rujukan saya pada masa itu.
Di antara kandungan di dalam buku Magnet Emas
Bab 1 – Ganjaran kekayaan pelabur logam
Bab 2 – Salah melabur neraka jawabnya
Bab 3 – 10 Rahsia Minda jutawan logam
Bab 4 – Rugi berjuta kerana jahil – Teknik kenal pasti ketulenan emas
Bab 5 – Strategi spread premium – maksimumkan keuntungan pelaburan
Bab 6 – Strategi ar rahnu – sedut duit daripada organisasi berduit
Bab 7 – 7 strategi bijak sebelum membeli emas fizikal
Bab 8 – 10 sebab Perak sumber kekayaan baru para jutawan
Bab 9 – Zakat emas dan perak – Cara sucikan Harta kekayaan milik tuhan
Bab 10 – 5 piramid tindakan pelaburan logam jutawan
Bab 11 – 10 soalan popular pelaburan logam
Bab 12 – Ir Sofian – Bagaimana saya dapat bantu saudara
Buku Beli Emas
Buku Beli Emas ini di tulis oleh Shamsuddin Kadir.
Cetakan pertama pada tahun 2018 dan kedua pada tahun 2019. Buku ini baru daripada buku Magnet Emas jadi informasi nya lebih up to date.
Penulis juga telah membuat kemas kini pada tahun ini 2021 dengan mengeluarkan edisi kemas kini yang lebih padat dan up dated. Saya memiliki kedua-dua edisi buku ini.
Walau bagaimanapun konten yang saya bincangkan di sini adalah daripada edisi awal iaitu edisi tahun 2019.
Apabila melihat kulit depan buku ini saya amat tertarik dengan kata-kata “Kekayaan semasa senang, Pelindung ketika gawat”.
Apa yang di maksudkan oleh penulis adalah tentang menyimpan emas !
Membaca buku ini amat menyenangkan sebab ianya di sampaikan secara santai dengan banyak perbandingan di ulas di dalam buku ini untuk membuat pembaca dapat menilai betapa hebatnya kuasa menyimpan emas.
Perbandingan yang paling saya suka ialah perbandingan yang di buat tentang Jutawan RM berbanding Jutawan Emas.
Ianya di sampaikan di dalam bentuk table yang memudahkan pemahaman para pembaca.
Jika anda berminat untuk membeli buku BELI EMAS EDISI KEMAS KINI boleh klik di sini sementara stok masih ada.
Buku ini banyak memberikan saya idea dan informasi tentang pelaburan emas dan bagaiman hendak mengelak daripada skim penipuan emas.
Apa yang pasti selepas anda membaca buku ini anda akan rasa ketagih untuk menyimpan emas !
BUKU WANG EMAS – Bertahan ketika gawat
Ini adalah buku terbaik sepanjang saya membaca tentang ilmu menyimpan emas dan pelaburan emas.
Ianya di tulis oleh Mohd Zulkifli Shafie dan di terbitkan pada tahun 2017 dan di ulang cetak pada tahun 2018.
Bab yang ringkas dengan 220 mukasurat. Membaca secara lalu boleh habis satu hari !
Dalam bab pertama ada di ceritakan tentang kisah emas yang berlaku pada masa perang dunia kedua semasa penaklukan Jepun di Malaysia. Cerita nya menarik dan menggambarkan betapa pentingnya emas pada ketika itu.
Buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi. Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.
Terdapat 7 bab utama yang di pecahkan di dalam beberapa bahagian untuk memudahkan pembacaan.
Bab 1 – Saya, emas dan kewangan
bab 2 – Manfaat emas terhadap kewangan
bab 3 – Cara menggunakan emas
bab 4 – strategi pelaburan
bab 5 – memilih emas terbaik
bab 6 – Emas dan Ar Rahnu
bab 7 – Bermula dengan betul
Anda boleh membeli buku wang emas dengan klik di sini .
Inilah 3 buku di dalam Bahasa Malaysia bagi saya memberikan ilmu yang menarik dan amat berguna tentang menyimpan emas .
Jika anda berminat untuk meningkatkan asset 10x ganda dengan menggunakan emas boleh klik di sini untuk mendapatkan rakaman webinar percuma dari kami .
Related posts:
No related posts.
One thought on “3 Buku Terbaik tentang Menyimpan Emas”