buku seni mengubah nasib

Seni Mengubah Nasib dari 15 orang tokoh dunia sepanjang zaman

Seni Mengubah Nasib dari 15 tokoh dunia

Sesiapa pun boleh berubah dalam hidupnya mengunakan strategi seni mengubah nasib; daripada bodoh menjadi genius, daripada miskin menjadi kaya, atau daripada hina menjadi terhormat. Syaratnya adalah perlu menjalani proses yang sepatutnya dan berusaha keras untuk mencapai perubahan yang diinginkan. Semua perkara dapat diubah. Namun ada satu perkara yang tidak boleh berubah, iaitu perubahan itu sendiri.

Hanya satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seseorang yang mahu berubah adalah dengan meniru langkah demi langkah seorang individu yang sudah berjaya. Langkah pertama ini yang dianggap sebagai seni mengubah diri.

Terdapat banyak langkah dan rahsia menarik dan mudah dipraktikkan dalam proses pembelajaran untuk berjaya.

Saya telah membaca buku hasil tulisan Charles Saputra iaitu “Seni Mengubah Nasib” beberapa hari yang lepas.

membaca buku seni mengubah nasib

Banyak idea-idea baru yang saya perolehi selepas membaca buku motivasi ini. Saya kategorikan buku ini sebagai buku motivasi yang wajib di baca oleh sesiapa sahaja yang ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Apa yang saya dapat dari membaca buku ini baru-baru ini …

  1. Saya mengenali beberapa tokoh dunia yang baru saya tahu seperti James Siddis yang boleh menguasai 200 bahasa, mempunyai IQ 250 dan sudah membaca New York Times pada usia 2 tahun.
  2. Mengenali tabiat dan rutin harian tokoh-tokoh dunia dan bagaimana mereka boleh menguasai bidang masing-masing dengan cara dan kaedahnya yang tersendiri.
  3. Membaca kisah-kisah tokoh ini membuatkan kita merasakan seolah-olah berada di tempat mereka. Contohnya saya dapat membayangkan bagaimana Isaac Newton duduk di bawah pokok epal dan memikirkan tentang theori graviti.
buku seni mengubah nasib Charles saputra

Buku Seni Mengubah Nasib mengumpulkan senarai tokoh genius yang berjaya mengubah nasib mereka menjadi masa depan yang lebih baik serta membawa revolusi dan manfaat besar buat manusia seluruh dunia. Hanya satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seseorang yang mahu berubah, iaitu dengan meniru langkah demi langkah seorang individu yang sudah berjaya. Langkah pertama ini yang dianggap sebagai seni mengubah diri. Buku motivasi pilihan bulan ini.

Terdapat banyak langkah dan rahsia menarik dan mudah dipraktikkan dalam proses pembelajaran untuk berjaya. 

Buku motivasi ini di bahagikan di dalam 2 bahagian seperti berikut …

Bahagian 1: Keperluan Meniru Tabiat Harian dan Cara Belajar Golongan Genius di Dunia

Meniru Adalah Proses Belajar
Meniru Sebagai Metode Belajar

Otak dan Kemampuan Meniru

Bahagian 2: Tabiat Harian dan Cara Belajar Golongan Genius di Dunia

Bab 1: Bill Gates: Pencipta Microsoft

Bab 2: Mark Zuckerberg: Pencipta Facebook

Bab 3: Albert Einstein: Pencipta Teori Relativiti

Bab 4: Thomas Alva Edison: Pencipta Mentol (Lampu Elektrik)

Bab 5: Dr. Ing B. J. Habibie: Pencipta Kapal Terbang N-250 Gatot Kaca

Bab 6: Abdurrahman Wahid (Gus Dur): Bapa Pluralisme dan Guru Bangsa

Bab 7: Leonardo da Vinci: Arkitek, Pemuzik, Pengarca, dan Pelukis Zaman Renaissance Itali

Bab 8: Nelson Tandu: Pakar Teknologi Nano dari Indonesia

Bab 9: Jack Dorsey: Pengasas dan Pencipta Twitter

Bab 10: Arkit Jaswal: Kanak-Kanak Genius yang Menjadi Doktor Bedah pada Usia Tujuh Tahun

Bab 11: Gregrory Smith: Penerima Hadiah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize) pada Usia 12 Tahun

Bab 12: Isaac Newton: Ilmuwan Dunia, Ahli Fizik, Matematik, Astronomi, Falsafah Alam, dan Teologi Berbangsa Inggeris

Bab 13: Aristotle: Ilmuwan Dunia

Bab 14: Kim Ung-Yong: Manusia Supergenius Dunia

Bab 15: James Sidis: Menguasai 200 Bahasa Dunia

Terdapat banyak langkah dan rahsia menarik dan mudah dipraktikkan dalam proses pembelajaran untuk berjaya. Jadi, tunggu apa lagi? Segera ambil buku ini, ambil langkah pertama, tiru kebiasaan harian dan cara belajar yang ada. Bersedialah menjadi orang berjaya dan genius berikutnya!

Klik di sini untuk mendapatkan buku motivasi Seni Mengubah Nasib 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.