the-psychology-of-selling-edisi-melayu

Kenapa Anda Perlu Membaca Buku The Psychology of Selling ?

Kenapa anda perlu membaca buku the psychology of Selling edisi Bahasa Melayu ini ?

Pernahkah anda ….

Diejek, dipandang serong & dimaki, itu adalah cabaran biasa bagi seorang jurujual.

Ada juga ejen jualan yang meluangkan masa berhari-hari untuk meyakinkan pelanggan, namun akhirnya pelanggan menyepi dan tidak membeli.

Namun, ada juga jurujual yang seolah-olah mempunyai kuasa ajaib. Jualannya sentiasa naik dan pelanggan membeli tanpa henti.

Aura mereka memang hebat, seolah-olah mereka ini mampu menjual ais kepada orang Eskimo dan mampu menjual pasir kepada orang Arab.

Apakah beza antara jurujual yang cemerlang dengan jurujual yang kecundang?

Buku The Psychology Of Selling ada jawapannya.

buku-the-psychology-of-selling-melayu

Ini adalah buku bestseller sepanjang zaman & dianggap sebagai rujukan utama dalam bidang jualan. Brian Tracy adalah jurujual profesional yang dianggap sebagai legenda.

Buku ini berkongsi idea, teknik & strategi untuk menjual dengan lebih pantas & lebih senang. Prinsip jualan dalam buku ini bersifat universal dan sesuai sepanjang zaman. Lebih menarik, ia sesuai dipraktikkan dalam pelbagai bidang jualan sama ada jualan langsung, e-commerce, perundingan atau profesional.

Ditulis pada tahun 2006, teknik dalam buku ini sudah teruji dan terbukti berkesan sehingga sekarang.

Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali. Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau.


Ada satu kisah tentang pokok ceri di dalam buku ini yang menarik untuk saya tuliskan di dalam blog post kali ini ..

B𝐄𝐋𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐂𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀.

Ada kisah seorang ejen hartanah yang berjaya menjual rumah kepada pasangan suami isteri hanya kerana pokok ceri. Rumah yang hendak dijual memang teruk keadaannya, tetapi sebaik sahaja pasangan tersebut berhenti di depan rumah, si isteri ternampak sebatang pokok ceri yang sedang berbunga di halaman belakang rumah.

Beliau terus berkata ” Abang, lihat pokok ceri yang berbunga itu. Cantiknya! Semasa saya masih kecil dulu pun ada sebatang pokok ceri di belakang rumah kami yang berbunga. Saya sangat gembira apabila ada pokok ceri di belakang rumah kita.”

Jurujual sudah perasan yang si isteri mula sukakan rumah tersebut hanya kerana pokok ceri sedang berbunga. Keadaan rumah yang agak teruk itu dipandang kritis sahaja oleh si suami.

Jurujual juga perasan si isteri ialah “DECISION MAKER” untuk membeli rumah, jadi dia fokus kepada si isteri.

Jurujual menceritakan dari ruang tamu boleh terus nampa ruang makan dan terus boleh nampak pokok ceri sedang berbunga. Si isteri terus melihat dari tingkap dan tersenyum.

Setiap ruang yang mereka masuk, jurujual menceritakan mereka boleh nampak pokok ceri sedang berbunga melalui tingkap. Akhirnya setelah melihat semua bahagian rumah, si isteri kelihatan seronok kerana pokok ceri tersebut dan tidak pedulikan lagi tentang rumah tersebut.

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk membeli rumah tersebut, semata-mata kerana jurujual mengenal pasti faedah utama kepada pasangan tersebut, iaitu pokok ceri sedang berbunga.

Pada setiap produk atau servis yang kita jual, akan ada sepohon “pokok ceri sedang berbunga”. Cari prospek dan buat persembahan jualan menurut keperluan pelanggan.

Menarik kan cerita ini ? Nak banyak lagi kena lah beli buku The Psychology of Selling Edisi Melayu 

Buku The Psychology of Selling Edisi Bahasa Melayu ini mengandungi 8 bab dengan 256 muka surat. Edisi Bahasa Melayu di terbitkan pada tahun 2021.

Berikut adalah kandungan yang terdapat di dalam buku ini :

  1. BAB 1: Rahsia Kerjaya Jurujual
  2. BAB 2: Tetapkan dan Capai Sasaran Jualan
  3. BAB 3: Sebab apa Pelanggan Membeli
  4. BAB 4: Menjual secara Kreatif
  5. BAB 5: Dapatkan Lebih Banyak Temu janji
  6. BAB 6: Kuatnya Pengaruh Suasana
  7. BAB 7: Membuat Jualan
  8. BAB 8: 10 Tip Menjual yang Berjaya
kandungan-buku-the-psychology-of-selling-edisi-melayu
kandungan-buku-the-psychology-of-selling-edisi-melayu
kandungan-buku-the-psychology-of-selling-edisi-melayu

Baru-baru ini saya berpeluang membaca buku The Psychology of Selling edisi Melayu ini …

Weekend ni dapat habiskan 1 Bab dari Buku Psychology Of Selling. Buku ni sangat sesuai untuk Salesman yang struggle nak naikkan jualan.

Ejen insurance sangat digalakkan untuk baca.

Ini adalah 7 perkara utama dalam jualan yang dapat saya catitkan selepas membaca bab-bab awal buku ini ….

  1. PROSPECTING – Mencari bakal pelanggan, sebab dalam bidang jualan key dia ialah “numbers game”. Lagi ramai bakal pelanggan yang kita cari, lagi tinggi probability untuk dapat jualan
  2. BUILD RAPPORT WITH CUSTOMER – sangat penting untuk bina persahabatan dengan pelanggan. Hal ini ialah untuk kita bina TRUST pelanggan kepada kita.
  3. SALES PRESENTATIONS -setiap produk dan servis yang ingin kita mestilah mempunyai persembahan jualan tersendiri. Setiap orang ada gaya persembahan jualan tersendiri. Lagi ramai kita jumpa pelanggan makin improve “sales presentation” kita.
  4. KNOW THE NEEDS – Proses mengenal kehendak dan keperluan pelanggan. Setiap pelanggan ada sebab tertentu bila nak membeli. Tugas salesman ialah mengenal pasti apa key point yang mempengaruhi pelanggan untuk buat keputusan.
  5. HANDLING OBJECTION -Rejection pasti ada jika berbicara dengan prospek. Sama ada kewangan, masa dan lain-lain. Tugas salesman ialah untuk handle objection dengan jawapan-jawapan yang memberi jaminan dan jawapan kepada alasan pelanggan.
  6. CLOSING SALES -Sebenarnya ini adalah peringkat yang susah. Dulu masa kerja salesman di gym dahulu bila nak minta kredit kad customer mesti jadi takut. So salesman tak perlu takut untuk close the deal dan minta payment.
  7. REPEAT SALES ATAU REFERRAL – kalau dapat kuasai bagaimana nak tukarkan pelanggan sedia ada jadi loyal customer ataupun dapat bagi referral kepada keluarga atau rakan mereka, InsyaAllah proses jualan anda akan lebih senang.

 

Buku ini wajib dimiliki oleh para usahawan, pemilik bisnes, pengurus, eksekutif jualan, perunding kewangan, ejen takaful, jurujual dan individu yang mahu meningkatkan jualan masing-masing. Dapatkan buku The Psychology of Selling Edisi bahasa Melayu dengan klik di sini .

 

Elok juga di baca buku ini bersama dengan buku Seni Mengubah Nasib .

Related Posts

One thought on “Kenapa Anda Perlu Membaca Buku The Psychology of Selling ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.