usahawaan-digital-laptop

Bina database prospek dengan Landing Page

5 tool bina database prospek guna Landing Page

Ada banyak strategi untuk membina kolam database prospek di internet. Salah satu strategi yang saya guna sejak 15 tahun yang lepas adalah dengan kaedah Landing Page menggunakan teknik Funnel Marketing ataupun Corong pemasaran.

Terlebih dahulu saya nak kongsikan 4 jenis kolam database prospek yang anda boleh bina menggunakan internet iaitu :

1. Kolam database FB Group
2. Kolam database Telegram Channel
3. Kolam database WhatsApp Group
4. Kolam database Senarai email

kolam-database-prospek

Sejak dahulu lagi saya menggunakan teknik ke empat iaitu membina kolam database senarai email dengan menggunakan sistem emel autoresponder.

Sistem emel autoresponder adalah satu tool di mana anda boleh mengumpul senarai emel yang telah opt-in ke dalam list anda dan anda boleh menghantar emel secara automatik dengan hanya sekali setup.

Jom saya kongsikan tool-tool yang saya gunakan di dalam membina Corong Pemasaran dengan mengaplikasikan kaedah Landing Page.

Sebelum saya bermula saya ringkaskan dulu apa itu Landing Page.

Landing page adalah 1 muka surat web yang hanya bertujuan untuk mendapatkan pengunjung web untuk memasukkan Nama, emel dan lain-lain ke dalam borang di dalam web tersebut untuk mendapatkan sesuatu tawaran yang di berikan secara percuma.

Biasanya tawaran percuma yang di kenali dengan nama “Lead magnet” adalah barang percuma yang anda berikan dalam bentuk digital seperti e-book, video, audio dan lain-lain.

good-thumb-up

Untuk membina sistem Corong pemasaran, anda hanya memerlukan perkara ini :

1. Laman web dan domain name.
Saya menggunakan web servis Carrd kerana ianya amat mudah untuk di gunakan dengan sistem web builder drag and drop.
Anda boleh mendaftar satu akaun Carrd secara percuma di sini.

2. Lead Magnet ataupun tawaran percuma anda
Saya membina e-book saya di dalam word dan saya convert ke dalam format pdf.

3. Storage untuk lead magnet
Untuk prospek anda membawa turun e-book percuma anda, anda boleh gunakan sistem storage percuma sahaja.
Saya menggunakan google drive untuk upload e-book saya dan untuk prospek yang telah opt in untuk membawa turun ebook tersebut

4. Sistem emel autoresponder
Untuk memasukan borang info ke dalam landing page saya menggunakan sistem autoresponder yang mesra “malaysia” sebab ianya mudah untuk di gunakan dan di fahami.
Sistem emel autoresponder yang saya guna ialah TrafficWave. Anda boleh daftar satu akaun percuma TrafficWave dengan klik di sini..

bina-database-email-marketing

5. E book cover
Untuk memastikan Landing Page anda nampak lebih menarik anda boleh lah masukkan e-book cover (untuk lead magnet berbentuk e-book) ke dalam landing page anda.
Saya menggunakan versi percuma Canva sahaja.

contoh-ebook-cover

Dengan kelima-lima tools ini anda sudah boleh setup satu sistem landing page untuk membina kolam database senarai emel. Contoh salah satu daripada Landing Page saya adalah untuk Lead magnet 5 strategi simpan emas di Era Digital.

Jika anda berminat untuk belajar bagaimana membina sistem Landing Page untuk bisnes anda, anda boleh enroll di dalam Coaching Program saya iaitu funnel Method Coaching Program.

Jika berminat boleh hubungi saya di sini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.