Mampukan anda bersara dalam usia di mana anda rasanya anda masih boleh menikmati kehidupan bersama keluarga tanpa tekanan dari masalah di tempat kerja?
Mari kita lihat samada anda mampu bersara sekarang.
Di dalam satu forum Persatuan Alumni Perdana, EPF menganggarkan hanya 3% rakyat Malaysia yang mampu untuk bersara pada usia persaraan mereka.
Menurut sumber EPF itu lagi, 54% ahli KWSP yang berumur 54 tahun akan mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun simpanan mereka. Majoriti mereka yang mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP mereka apabila mencapai umur 55 tahun akan menggunakannya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Saya menggunakan satu perisian excel yang akan membuat penggiraan berdasarkan umur di mana anda mahu bersara. Dengan menggunakan excel ini saya dapat memberikan gambaran dan ilustrasi jumlah wang yang di perlukan seandainya anda mahu bersara sekarang.
Ini adalah informasi yang di perlukan untuk membuat penggiraan tersebut.
- Umur sekarang untuk bersara
- Duit yang di perlukan setiap bulan semasa bersara
- kadar inflasi
- Keuntungan daripada simpanan semasa bersara
Seandainya anda bercita-cita untuk bersara pada usia 55 tahun, ini adalah maklumat yang saya gunakan sebagai contoh.
- Umur sekarang untuk bersara = 55
- Duit yang di perlukan setiap bulan semasa bersara = 4000
- kadar inflasi = 4%
- Keuntungan daripada simpanan semasa bersara = 7%
Dengan informasi di atas, saya memasukan maklumat ini ke dalam excel spreadsheet yang sudah di sediakan.
Sila lihat paparan gambar di bawah.
Seandainya anda mahu bersara pada usia sekarang iaitu 55 tahun dengan memerlukan perbelanjaan bulanan sebanyak RM4,000 beserta kadar inflasi 4% dan kadar pulangan simpanan anda sebanyak 7%, anda memperlukan RM769,796.84 (lebih kurang RM800,000 di dalam simpanan anda !)
Adakah wang di dalam KWSP dan wang simpanan anda mencukupi sebanyak RM800,000 untuk bersara dengan perbelanjaan RM4,000 sebulan?
Jika anda rasakan ianya tidak mencukupi, anda perlu melakukan sesuatu untuk menampung kewangan yang di perlukan untuk bersara.
Mungkin anda boleh :
1. Melakukan over time
2. Melakukan kerja part time
3. Berniaga di waktu cuti
4. Bisnes Online
5. Mengurangkan perbelanjaan dan menambah simpanan
6. Dan lain-lain lagi
Di antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah melakukan kerja sambilan atau side hustle secara online dan juga mempelbagaikan sumber simpanan dan pelaburan anda.
Di antara part time bisnes yang di sarankan anda boleh dapatkan di dalam post ini.
Di samping itu anda juga boleh meningkatkan simpanan dan membina tabiat menyimpan dengan emas. Sila baca blog post saya yang lepas tentang menyimpan emas untuk meningkatkan tabungan persaraan anda.