gold-bar-quantum-metal

Simpan Gold Bar hanya RM100 sebulan

Tahukah anda dengan hanya simpan emas sebanyak RM100 setiap bulan anda juga mampu memiliki Gold bar untuk di jadikan koleksi dan juga simpanan kalis inflasi untuk masa hadapan ?

Mari saya tunjukkan caranya.

Seperti yang anda tahu ramai orang mengatakan seandainya menyimpan duit selalu sahaja kebocoran dan ada sahaja alasan untuk memakainya tetapi lain pula dengan simpan emas.

Emas mempunyai naluri menyimpan berbanding dengan duit di mana nalurinya adalah untuk berbelanja.

Di antara bentuk emas fizikal yang paling di gemari ramai untuk menyimpannya ialah Gold Bar ataupun jongkong emas.

Gold bar yang mempunyai ketulenan 99.99% ini mempunyai tarikan sendiri untuk membuatkan ramai yang tertarik untuk menyimpannya sebagai satu alternatif pelaburan dan simpanan jangka panjang.

Pada kebiasaanya Gold bar yang kecil bermula dengan 0.5g dan di ikuti dengan 1g, 5g dan sebagainya. Gold bar mempunyai nilai spread ataupun premium (harga beli dan harga jual) yang jauh lebih rendah berbanding dengan emas perhiasan.

Lagi besar jumlah grammage nya lagi rendah spread atau pun premium di antara harga jual dan harga beli.

Dalam pasaran semasa, harga gold bar atau jongkong emas ini adalah dalam lingkungan RM300 – RM400 untuk 1g. Oleh itu jika anda ingin memiliki dan menyimpan Gold Bar 1g anda perlu mempunyai modal sebanyak RM350 sekurang-kurangnya.

Walaubagaimanapun seandainya anda tidak mempunyai modal sebanyak RM350 setiap bulan untuk membeli Gold Bar anda masih boleh memiliki Gold bar dengan kaedah yang lebih menarik dan mudah.

perth minth gold bar quantum metal

Caranya adalah sebegini.

Langkah 1 : Anda buka akaun Emas bersama Quantum Metal dengan klik di sini. Selepas anda mempunyai akaun emas di Quantum Metal anda sudah boleh menyimpan emas serendah RM10.

Langkah 2 : Anda menyimpan setiap bulan RM100 di dalam akaun emas GSA di Quantum Metal.

Langkah 3 : Selepas 4 bulan menyimpan di Quantum Metal anda mempunyai sebanyak RM400 nilai emas di dalam akaun GSA anda.

Langkah 4 : Anda menukar emas di dalam akaun emas anda kepada emas fizikal di Quantum Metal. Gold Bar 1g berharga di dalam lingkungan RM370 – RM380 (mengikut harga LME pada hari tersebut).

Boleh merujuk harga semasa emas fizikal Quantum Metal di laman web ini .

Langkah 5 : Anda boleh memilih untuk mendapatkan emas fizikal secara walk in ataupun mengarahkan Quantum Metal untuk kourier kepada anda.

Langkah 6 : Terus menyimpan RM100 di dalam akaun emas GSA anda. Se andainya anda konsisten di dalam menyimpan RM100 di dalam akaun GSA Quantum Metal setiap bulan, anda boleh menukarkan emas di dalam akaun emas GSA anda kepada emas fizikal sebanyak 3 kali dengan setiap kali anda menukarkannya kepada Gold bar 1g.

Langkah 7 : Seandainya anda mempunyai wang lebihan di masa akan datang, anda boleh meningkatkan simpanan anda di dalam akaun GSA Quantum Metal dengan menyimpan sebanyak RM300 sebulan ke RM600 sebulan. Dengan cara ini tidak mustahil anda mungkin akan memiliki Gold Bar bernilai 5g selain daripada gold bar 1g.

gold-bar-quantum-metal

Saya sudah kongsikan kepada anda satu strategi dan teknik yang mudah untuk memiliki Gold Bar dengan hanya mula simpan emas sebanyak RM100 setiap bulan di dalam akaun emas GSA Quantum Metal.

Jika anda belum lagi memiliki akaun emas di Quantum Metal anda boleh membuka akaun Quantum Metal secara percuma dengan klik disini.

Selepas anda mendaftar sila whatsapp pada saya untuk saya berikan perkongsian bagaimana anda boleh mula simpan emas di Quantum Metal dan memulakan satu perjalanan memiliki gold bar setiap 4 bulan.

Anda boleh rujuk panduan mendaftar di Quantum Metal melalui pautan tulisan saya di dalam post yang lain di sini.

Di samping itu jika anda nak tahu bagaimana saya memulakan kerjaya sebagai seorang Konsultan emas Quantum Metal pada awal pandemik covid 19, anda boleh melayari penulisan saya tentang perjalanan tersebut di sini.

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui link whatsapp di sebelah kanan bawah blog ini.

Related Posts

2 thoughts on “Simpan Gold Bar hanya RM100 sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.