tabung-persaraan

Berapa lama wang persaraan boleh bertahan?Anda pasti terkejut!

Baru-baru ini banyak berita bercerita tentang kemerosotan wang persaraan di dalam kwsp di sebabkan pengeluaran semasa pandemik covid-19.

Malahan ada cadangan dari dunia luar yang merasakan tahap usia persaraan di Malaysia di naikkan kepada umur 65 tahun !

Jika anda tertanya-tanya adakah wang persaraan anda mencukupi untuk membiayai kehidupan di hari tua anda … mari kita kaji dan lihat berapa lama tabung persaraan anda boleh bertahan. 

wang-persaraan

Sebelum kita bermula, saya nak beritahu mengenai 4 cara asas yang membiayai wang persaraan anda… 

Secara asasnya ada 4 cara iaitu :

  1. Pencen – wang pencen ini biasanya untuk yang bekerja dengan kerajaan.
  2. KWSP – wang simpanan di dalam kwsp daripada caruman semasa bekerja
  3. PRS – Private retirement scheme di mana anda boleh membuat pelaburan di dalam unit amanah untuk tabung persaraan anda.
  4. Simpanan dan pelaburan peribadi 

Mungkin ada yang memiliki lebih daripada satu kaedah untuk menyimpan wang di era persaraan masing-masing.

Baru-baru ini tular tentang kemerosotan wang simpanan di dalam kwsp akibat pengeluaran bagi menampung kehidupan sewaktu pandemik covid-19.

Di dalam akhbar Berita harian ada di nyatakan … 

Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000.

Berita lanjut boleh di baca di dalam artikel Berita Harian dengan klik di sini .

Di samping itu berita terkini turut memaparkan di mana purata pendapatan rakyat Malaysia merosot ke kadar yang rendah sejak pandemik covid-19 .

Artikel Berita harian menyebut … 

“Setelah dua tahun berturut-turut merekodkan purata melebihi RM3,000, purata gaji dan upah bulanan menurun kepada RM2,933 pada 2020.”

 

Ada juga yang mengatakan mereka tak menggunakan wang yang banyak selepas bersara. Tapi pada hakikatnya ada perbelanjaan yang meningkat dan ada perbelanjaan yang menurun.

Perbelanjaan apakah yang akan turun selepas bersara?

  1. Belanja pakaian (tidak lagi bekerja)
  2. Hutang rumah (harap2 dah habis bayar)
  3. Perbelanjaan anak-anak (semoga dah bekerja dan berdikari)
  4. Kereta (jangan tambah lagi beban hutang jika dah habis bayar)
  5. Simpanan untuk persaraan (sudah bersara kan!)

Tapi ada juga perbelanjaan yang meningkat di sebabkan faktor usia ….

  1.  Kos Perubatan (memang parah jika tiada kad perubatan!)
  2. Pelancungan (jika berminat nak melancung)
  3. Beban yang di tanggung (seperti baiki rumah dan lain-lain)
kos perubatan meningkat

Berdasarkan laporan kwsp jumlah purata pencarum yang berumur 55 tahun adalah dalam lebih kurang RM200,000.

Dengan jumlah purata pendapatan penduuduk Malaysia RM3,000 sebulan, saya akan menggunakan anggaran kedua-dua ini untuk melihat samada wang persaraan anda boleh bertahan selama berapa tahun.

Dengan simpanan sebanyak RM200,000 dan wang belanja bulanan separuh daripada wang perbelanjaan semasa bekerja iaitu RM1,500 sebulan dengan kadar inflasi 4% dan kadar pulangan 7% … berapa lamakah wang anda mampu bertahan ..

wang persaraan

Ilustrasi di atas menunjukkan wang persaraan anda boleh bertahan selama 13 tahun. 

Seandainya anda bersara pada umur 55 tahun, wang persaraan anda akan habis pada usia anda 68 tahun.

Seandainya anda menjalankan side income selepas bersara dengan purata pendapatan RM500 sebulan, anda boleh meningkatkan keupayaan wang persaraan anda sehingga 23 tahun iaitu sehingga anda berumur 78 tahun.

Mari kita lihat ilustrasi seterusnya dengan menggunakan jumlah yang berbeza.

Wang persaraan = RM400,000

Perbelanjaan bulanan = RM3,000

 

wang persaraan

Seandainya anda mempunyai saluran pendapatan side income sewaktu persaraan yang memberikan anda pendapatan part time RM800 sebulan, anda boleh meningkatkan keupayaan wang simpanan anda sehingga 20 tahun seperti yang di tunjukkan oleh ilustrasi di bawah. 

Jika anda lihat dari ilustrasi di atas, dengan sedikit usaha untuk menjalankan side income di usia persaraan dan berpendapatan minima RM500 sebulan sudah boleh membantu meningkatkan keupayaan anda untuk meneruskan kelangsungan kehidupan dengan lebih panjang.

Jika anda berminat untuk memulakan bisnes online secara part time seperti yang saya lakukan sekarang ini, anda boleh mendapatkan senarai pelbagai sumber pendapatan (MSI) yang saya jalankan dengan klik di sini .

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.