3 jenama kopi pilihan setiap hari

3 jenama kopi pilihan setiap hari

Hari ini saya nak kongsikan 3 jenama kopi yang saya minum setiap hari. Macam-macam jenis kopi yang saya dah cuba namun 3 jenis ini adalah pilihan yang terbaik buat saya setakat ini. 

1. Ganocafe Classic

Saya mulakan dengan jenama kopi yang di minum awal pagi. Kopi yang menjadi peneman semasa bersarapan. 

Kopi yang saya minum di waktu pagi saya pilih “black coffee” kerana ianya memberikan saya kesegaran dan energi untuk memulakan rutin harian saya.

Kopi hitam pilihan saya ialah Ganocafe Classic yang di keluarkan oleh Gano Excel International dan di pasarkan di Malaysia oleh Gano Excel Sdn Bhd. Black coffee ini mengandungi ekstrak ganoderma lucidum (lingzhi) yang di perolehi daripada ladang organik ganoderma yang terbesar di dunia. Di mana? ladang ini hanyalah di kaawasan Gurun, Kedah.

Sekotak Ganocafe Classic ada 30 sachets. Untuk menikmati rasa kopi yang sebenar boleh tuang satu sachet ke dalam satu mug. Se eloknya mug di panaskan dahulu dengan memasukkan air panas untuk memanaskan mug. Selepas mug panas, buang air yang di masukkan itu.

Selepas mug panas, masukkan satu sachet ganocafe classic dan masukkan air panas.

Nak letak gula? Terpulanglah kepada anda. Saya tidak mengamalkan gula putih, saya hanya titiskan 2 titis cecair stevia untuk memberikan rasa manis yang berkhasiat.

Stevia yang saya selalu guna adalah three leaf stevia

Ganocafe Classic adalah minuman kopi hitam waktu pagi saya bersama sarapan pagi !

2. Vcafe

Kopi kedua pilihan saya ialah vcafe. Kopi yang mengandungi ekstrak halia hitam yang terkenal dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Salah satu sebab kenapa yang jadikan vcafe sebagai kopi yang di minum waktu petang kerana ianya memberikan rasa yang amat sedap di samping tidak menggunakan gula putih atau gula pasir.

Di dalam vcafe tiada gula pasir di gunakan, sebaliknya ia menggunakan”nano sweetener“. Nano sweetener adalah ekstrak tebu hitam yang mempunyai rasa manis tetapi tidak menaikkan gula dalam darah. Jadi kopi vcafe juga sesuai jika di nikmati oleh penghidap kencing manis ataupun diabetes.

Di samping itu ekstrak Halia Hitam di dalam vcafe dapat memberikan tenaga, mengurangkan kolestrol serta menurunkan paras gula dalam darah. 

Vcafe juga ada ekstrak Manggis sebagai salah satu sumber utama anti oksidan. 

Biji Kopi Premium Brazilian Arabica yang di gunakan di dalam Volten Vcafe di import khas dari Brazil dan di proses di Malaysia.

Satu sachet vcafe adalah sebanyak 20g dan sekotak vcafe mengandungi 20 sachet.

Jika anda belum lagi minum vcafe yang di pasarkan oleh Volten International bolehlah mencubanya sekarang. 

Tak tahu di mana nak dapatkan Volten Vcafe ini? Anda boleh saja hubungi saya jika nak tahu tentang vcafe melalui WhatsApp dengan klik di sini .

 

Volten Vcafe

3. GanoGold

Kopi jenama pilihan yang ketiga dan biasanya saya minum di waktu malam ! Ada yang kata jika minum kopi waktu malam tak boleh tidur ! Namun bagai saya ianya tidak ada masalah, okay sahaja. Mungkin sudah menjadi kebiasaan minum secawan kopi di waktu malam terutama sekali sewaktu saya sedang blogging !

GanoGold adalah kopi dengan ekstrak ganoderma lucidum tanpa gula. Ianya mengandungi susu krimer tanpa lemak trans.

Saya minum GanoGold sebab ianya tidak mengandungi gula putih. Di tambah pula ekstrak ganoderma lingzhi boleh membantu di dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran.

GanoGold juga adalah Kopi yang di pasarkan oleh syarikat Gano Excel Sdn Bhd.

GanoGold adalah kopi berkrim tanpa gula :

✅Mengandungi ekstrak Ganoderma lucidum
✅Diperbuat daripada bijian kopi premium
✅TIADA Gula Tambahan
✅TIADA perisa dan pemanis tambahan
✅TIADA tambahan bahan pengawet
✅TIADA lemak trans atau lemak tambahan

Sekotak GanoGold ada 15 sachets. 

Kopi GanoGold Gano Excel

Okay … itulah 3 jenama kopi pilihan yang menjadi rutin harian saya. Tidak semestinya setiap hari saya minum 3 cawan kopi tetapi setiap pagi pasti saya akan minum secawan kopi.

Biasanya adalah kopi Ganocafe classic …

Apa lagi … Jika anda peminum kopi tegar, apakah kopi pilihan anda? Boleh sahaja tinggalkan di dalam ruangan komen kopi pilihan anda dan sama-sama kita mengopi !

Kopi terbaik Malaysia dan Asia

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.